Assalamualaikum W.B.T…..kali ini aq tidak merapu lagi…dunt worry…tapi kali ini aq nak berkongsi tentang diriku yang mempunyai darah ataupun keturunan sultan sulu…tapi aq bkn anak sultan mahupun raja di seluruh alam nie ea….aq hanyalah slh seorang daripada saki baki keturunan kaum bisaya yg dikatakan keturunan sultan sulu(sejarah nie)…aq sebenarnya orang yg buta sejarah…bukan kerana aq mmg buta @ pon rabun tentang sejarah nie…tapi kerana memang aq x minat dgn subjek nie…nasib baik aq x jd cgu sejarah..klu x abis bdk2 sekolah buta sejarah oleh aq nti…hehehe…
Di mulakan cerita la ea, sebenarnya bisaya nie berasal daripada perkataan ‘Mabisa Iya’..(lbh kurang gtue la)…yg membawa maksud lelaki atau perempuan yang nampak cantik,tampan & gagah…(cewah..ye kerr??)…..majoriti masyarakat bisaya beragama islam…kebanyakkan mereka pandai mencari rezeki kira di hutan ataupun di laut..
Ada org cakap, orang bisaya nie unik dan cantik2x…yer ker??...muka org bisaya nie nampak mcm cina campuran org Filipina…dengan kulit yang putih, mata yg sepet, menonjolkan keayuan & kelembutan tersendiri….(ahaks..skli lg..yer ker??)mungkin yg nie mmg betul utk wanita-wanita bisaya yg lain..tapi bukan aq….byk2 ciri-ciri orang bisaya yg di sebutkan diatas..aq cuma bersetuju 1 jer..mata sepet…huahuahua…..kwn2 aq selalu cakap aq anak mcm anak cina…..sadisss wooo….nak buat camna..dah aq memang dilahirkan mcm nie…..(ayat pasrah yg x boleh blah)…hahaha….
Orang bisaya nie kalau nak jumpa hanya ada 1 tempat ja kat Sabah….kat Daerah Beaufort…Di Beaufort, masyarakat ini mendiami kawasan Klias dan sepanjang tebing Sungai Padas. Di Klian pula, mereka mendiami kawasan perkampungan seperti Kampung Kebatu, Kukut, Kabidang, Takuli, Malabau, Kota Klias, Klias Kecil, Laba dan Nukahan (nie kampung halaman aq…^_^).
Bisaya nie sebenarnya terkenal dengan budaya unik yang diamalkan sejak sekian lama, terutama dalam hal makanan tradisi dan kesenian. Antaranya, makanan tradisi yang paling di gemari oleh org bisaya termasuk aq sekali la tue iaitu sagu yang diambil dari batang rumbia….sagu dikenali sebagai ambuyat kalau dah masak…org bisaya wajib pandai makan makanan nie…klu x kena buang daerah..hehehe……xdalah…tp sebagai org bisaya sendiri kita kena taw tentang serba sedikit tentang makanan tradisi kita & sekaligus tentang tradisinal org bisaya…aq sendiri sebenanrnya xtaw sedalam2nya tentang sejarah org bisaya nie…tp at least aq cuba menambahkan knowledge aq..sebabnya ke mana2 aq pg org mesti akan tanya aq nie bangsa apa….makanya..aq kena sediakan paying sebelum hujan…hehehe….nda gtue????
![]() |
Ambuyat A.K.A sagu…makanan kegemaran aq.. |
This story is prepared by :
Aleez Zyela Zee A.K.A Miss Mentadaqs ^_^